Monday, May 24, 2010

Etika Perniagaan


Etika berasal daripada perkataan bahasa Inggeris 'ethic' yang bermakna sikap dan yang menentukan tingkahlaku manusia. Etika menurut Velasquez M.G. ialah suatu aktiviti yang mengkaji standard moral seseorang atau masyarakat dan persoalan bagaimana standard tersebut diamalkan atau digunakan dalam kehidupan dan sama ada standard tersebut baik atau tidak baik. Manakala dalam kebanyakan kamus mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip yang mengawal tingkahlaku individu atau kumpulan.
Secara kesimpulannya boleh dikatakan etika sebagai kajian ke atas nilai dan moral yang dilaksanakan dalam sebuah masyarakat dan juga tentang baik atau tidak baik nilai tersebut. Prinsip etika perlu dihormati, disanjungi dan dipertahankan oleh setiap usahawan. Etika mencakupi tanggungjawab sosial kerana etika memberi satu kerangka yang menyeluruh. Nilai etika merupakan suatu yang subjektif dan bergantung kepada tanggapan masyarakat terhadapnya.

No comments:

Post a Comment