Tuesday, May 11, 2010

Kompetensi Keusahawanan – Mencari Maklumat


Sikap individu yang suka mencari maklumat adalah:
  • Melakukan penyelidikan atau tujuan sendiri untuk mendapat maklumat dan maklum balas bagi menyediakan barang atau Perkhidmatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Mendapatkan Perkhidmatan pakar untuk kemajuan perniagaan.
  • Membuat kajian pasaran untuk membuat analisanya.
Untuk berjaya, usahawan perlu mempunyai maklumat yang betul dan terkini. Usahawan perlu ada kemahiran mendapat maklumat yang betul daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai. Maklumat dan maklum balas yang diperolehi akan dapat digunakan untuk meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers