Saturday, May 8, 2010
Iblis dan Syaitan Satu Jenis
Iblis dan syaitan itu sebenarnya satu jenis, hanya dibezakan sebutannya, iaitu sekiranya ia bersikap sedang menggangu manusia, dinamakan syaitan dan dalam keadaan biasa dinamakan iblis.
Iblis mempunyai tentera dan pengikut yang tidak terhintung banyaknya. Ada di segala lapangan dan di semua tempat yang didiami manusia. Pandai ia menyamar dalam pelbagai bentuk rupa yang diingininya. Dia tidak berbadar kasar seperti manusia. Dia termasuk jenis halus, sebagai ruhani. Oleh sebab itu, dia dapat memasuki diri manusia dari seluruh perjalanan darahnya, hanya nurani manusia tempat duduk iman, yang tidak dapat dimasukinya, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w., maksudnya;
"Sesungguhnya syaitan itu berjalan diri manusia menurut perjalanan darahnya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment