Saturday, May 1, 2010

Wasiat Luqman al Hakim


  1. Menjauhi perbuatan syirik kepada Allah(ayat 13)

    Mendidik anak-anak dengan teras aqidah iaitu tauhid kepada Allah. Luqman memperingatkan anaknya supaya tidak syirik kepada Allah s.w.t. dan sentiasa membersihkan diri dari sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik.
  2. Berbuat baik kepada ibubapa (ayat 14-15)
    Mendidik anak-anak untuk sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa mengajak atau memaksa anak melakukan kelakuan syirik atau perbuatan yang dilarang oleh agama, ia tidak wajib dipatuhi. Ini menunjukkan bahawa islam lebih mengutamakan hubungan aqidah berbanding hubung keluarga dan keturunan.

  3. Setiap amal perbuatan akan diberi balasan oleh Allah s.w.t. (ayat 16)
    Menanam dalam diri anak-anak akan keyakinan bahawa setiap amal perbuatan walaupaun sebesar biji sawi, sama ada baik atau buruk, berlaku secara terang atau tersembunyi, tetap akan dihitung dan diberi balasan yang setimpal oleh Allah s.w.t.


  4. Mendirikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta sentiasa bersifat sabar (ayat 17)
    Mendidik anak-anak untuk menunaikan solat, menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran serta bersabar sekiranya ditimpa bencana dan kesusahan.

  5. Menjauhi sifat sombong dan bangga diri (ayat 18)
    Mendidik anak supaya tidak bersifat sombong dan bangga diri serta menggalakkan supaya sentiasa bersifat tawaddu' yang boleh melahirkan keutuhan dalam persaudaraan


  6. Bersederhana (ayat 19)

    Mendidik anak-anak supaya sentiasa bersederhana, salah satu sifat terpuji yang dituntut di dalam islam. Termasuk dalam tuntutan bersederhana ini ialah menjaga dan melembutkan suara yang sudah tentunya menyerlahkan lagi kesopanan seorang muslim.

No comments:

Post a Comment