Tuesday, May 11, 2010

Faktor Mempengaruhi Kesahan

Pelbagai faktor mempengaruhi kesahan skor ujian, kelemahan membina butiran ujian/soalan/item iaitu dalam situasi seperti berikut;
  • Pembina tidak mengawal aras kesukaran ujian dengan baik (terlalu susah atau senang). Ini menyebabkan skor calon tidak tersebar meluas di sepanjang senarai skor daripada rendah hingga ke tinggi. Ini bermakna butiran ujian/soalan/item tidak dapat mendiskriminasikan calon.
  • Penulisan ayat yang kabur sama ada dalam arahan atau soalan. Apakah perlu ditulis dengan jelas, iaitu bagaimana calon perlu memberikan respon pada tugasan.
  • Penggunaan perbendaharaan kata yang tidak sesuai dengan aras umur pelajar.
  • Terdapat petunjuk dalam soalan yang memudahkan calon memberikan respon.
  • Kesalahan dalam mengenalpasti objektif pentaksiran dalam butiran ujian yang dibekalkan. Contohnya seorang pembina yang ingin menguji kemahiran menganalisis tetapi membekalkan soalan yang berada pada tahap kefahaman. Ketidaksesuaian antara hasrat dengan item.
  • Dari segi struktur ujian, jika boleh ujian di bilik darjah jangan terlalu pendek atau panjang. Ini akan menjejaskan kesahan. Ini adalah kerana struktur ujian merupakan sampel daripada sekumpulan soalan yang mungkin disoal. Sekiranya ujian terlalu pendek sukar untuk membekalkan cakupan yang mewakili prestasi yang diharapkan. Struktur ujian biasanya dimulakan dahulu soalan yang senang diikuti dengan soalan sukar.
  • Dari segi pentadbiran ujian banyak bentuk kelemahan yang biasa berlaku dan menjejaskan kesahan ujian. Contohnya masa yang tidak mencukupi diperuntukan bagi menjawab soalan, pertolongan yang tidak adil yang diberikan oleh pengawas peperiksaan dan penipuan semasa ujian dijalankan. Dari segi pemarkahan pula ujian esei mungkin tidak mempunyai skema penskoran yang terperinci. Ini akan menurunkan kesahan ujian.

1 comment:

  1. terima kasih... sy ambik bhn ni utk assignment subjek pentaksiran bm...

    ReplyDelete