Sunday, May 9, 2010

Nabi Hud a.s.


Nabi Hud adalah Keturunan Sam bin Nuh, iaitu Hud bin Abdullah bin Ribin bin Hulud bin Aus bin Irmi bin Soleh bin Alfalisyada bin Sam bin Nuh. Nabi Nuh a.s. diutuskan kepada kaum Aad yang telah mabukkan akan kesenangan duniawi sehingga tidak mengenali Allah s.w.t.

Nabi Hud adalah utusan dari suku kaumnya sendiri, akan tetapi kaumnya menolak mentah-mentah. Namun begitu Nabi Hud tidak pernah putus asa untuk menyampaikan seruan dakwah terhadap kaumnya, agar meninggalkan perkara-perkara mungkar dan mentaati perintah Allah s.w.t.

Nabi Hud a.s. berasal dari keturunan yang berpengaruh, terkenal dan disegani. Sejak kecil, Nabi Nud a.s terkenal dengan sikap dan kelakuan yang baik pekerti yang luhur, lurus dan bijaksana. Nabi Hud a.s sering menyeru kaumnya untuk menyembah Allah s.w.t dan meninggalkan agama berhala serta menghalang menganiaya sesama manusia.

Nabi Nud a.s diutuskan kepada kaumnya, iaitu bangsa 'Ad', mereka mempunyai kebun-kebun yang luas, hasil bumi yang berlipat ganda banyaknya. Melalui kekayaan yang melimpah-limpah, mereka berjaya membina rumah dan istana yang indah dan besar untuk tempat tinggal mereka masing-masing.

No comments:

Post a Comment