Saturday, May 15, 2010

Item

Item didefinisikan sebagai perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang merupakan eviden yang boleh dipertimbangkan dalam pentaksiran/pengukuran sesuatu konstruk. Bagi item subjektif, panduan memberi skor merupakan sebahagian daripada item itu.
Menulis item memerlukan kombinasi pelbagai kemahiran yang dapat dikuasai melalui latihan intensif dan kritikal serta melalui pengalaman. Menulis item juga memerlukan kreativiti. Ini kerana tiap-tiap item yang ditulis mengikut spesifikasinya akan mempunyai peranan dalam sesuatu ujian. Tidak ada satu formula khusus untuk menghasilkan satu seni yang bagus, begitu juga dengan menulis item yang baik. Prinsip asas panduan penulisan item boleh digunakan sebagai panduan semasa menulis item, tetapi pertimbangan dalam mengaplikasikan prinsip dan panduan inilah yang menentukan sama ada item yang ditulis itu baik atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment