Saturday, May 8, 2010

Air Tebu Bukan Setakat Penghilang Dahaga


    "Kelazatan sukar diperkatakan di samping kaya dengan khasiat mineral"

Tebu adalah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan gula. Terdapat beberapa spesies tebu yang ditanam tetapi yang paling biasa dilihat adalah tebu kuning berbanding hitam.
Air tebu yang dihasilkan melalui tangan atau mesin dengan sedikit campuran limau nipis dan air batu menghasilkan minuman yang sangat lazat dan amat popular. Maka tidak hairanlah mengapa air tebu menjadi pilihan bagi rakyat negara ini terutama dalam cuaca yang panas. Kelazatannya sukar untuk diperkatakan di samping kaya dengan khasiat mineralnya.
Di Brazil tebu bukan sahaja digunakan dalam pembuatan gula malahan mampu menghasilkan etanol (sebagai pengganti untuk gasolin). Minat menghasilkan etanol semakin meningkat disebabkan Kenaikan harga minyak dan gasolin. Biarpun jagung boleh digunakan untuk pembuatan etanol, tetapi tebu lebih berkesan bagi menghasilkannya.

Manfaat dan kelebihan tebu
  • Mampu meredakan jantung berdebar. Ambil 3 genggam akar tebu hitam kemudian dicuci dan direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih, biarkan sehingga 1 gelas. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 kali sehari.
  • Melegakan panas badan.
  • Mengurangkan batuk.
  • Cecair tebu yang diperolehi daripada peringkat pemisahan kristal gula dan mesin mengandungi kira-kira 50 hingga peratus gula asid amino dan mineral.
  • Pucuk daun tebu boleh digunakan untuk makanan haiwan.
  • Hampas tebu yang merupakan hasil sampingan daripada proses ekstrak cecair tebu, dimanfaatkan sebagai bahan bakar fakbrik, industri dan juga dalam pembuatan baja.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers