"Demi Allah, yang tiada Tuhan yang lain daripadanya, bahawa sesungguhnya salah seorang daripada kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada lagi di antaranya dengan syurga kecuali sehasta sahaja lagi, mana telah terdahulu atasnya suratan (takdir) Allah, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ketika itu ia mati, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya seorang itu beramal dengan amalan ahli neraka, kecuali sejengkal, maka terdahulu atasnya takdir (ia mati dalam iman), lalu beramalah ia akan amalan ahli syurga, ketika itu ia mati, maka matinya mati beriman dan masuklah ia ke dalam syurga." (Bukhari dan Muslim)Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. menegaskan lagi maksudnya:
"Ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli neraka, padahal sebenarnya ia adalah ahli syurga dan juga ada orang yang mengerjakan pekerjaan ahli syurga, padahal ia sebenarnya adalah ahli neraka. Sebab sesungguhnya amalan itu akan dinilai pada akhir hayat seseorang." (Bukhari dan Muslim)Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak boleh menentukan sama ada ia akan mati beriman atau mati kufur. Segala-galanya di tangan Allah s.w.t. Allah s.w.t. yang mentakdirkan semuanya. Cuma kita berhak dan berusaha mengharapkan rahmat dan taufik daripada Allah s.w.t. Saat hampir mati itulah saat yang amat dikhuatiri sekali oleh orang-orang soleh. Setiap masa mereka merintih memohon dan mengharapkan Rahmat Allah s.w.t. Kerana yang menentukan dan berhak meletakkan seseorang itu sama ada di dalam neraka atau syurga ialah Allah s.w.t. Memasukkan seseorang yang derhaka ke dalam neraka atau sebaliknya adalah pekerjaan harus bagi Allah s.w.t., bukan wajib baginya. Apa yang menjadi tugas kita, untuk dapat mati dalam keadaan beriman ialah;
- Selaku hamba Allah ialah melaksanakan segala tanggungjawab yang Allah s.w.t. perintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang.
- Meletakkan "harapan dan sangka baik" terhadap Allah s.w.t.
- Hendaklah selalu berdoa agar Allah s.w.t. memastikan kita dalam keadaan beriman dan tidak mematikan kita dalam keadaan beriman dan tidak memastikan kita dalam kufur.
"Ya Allah, akhirilah hayat kami (matikan kami) dalam keadaan Husnul Khatimah dan janganlah akhiri hayat kami dalam keadaan Su-ul Khatimah. Ya Tuhan kami janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau beri petunjuk dan berikanlah kepada kami kurniaan RahmatMu. Sesungguhnya Engkaulah yang banyak memberi kurniaan."Daripada segala perkara, yang menentukan seseorang itu mati beriman (Husnul Khatimah) atau mati kufur (Su-ul Khatimah) ialah Allah s.w.t. Tetapi tanda-tandanya terdapat ketika seseorang itu menjalani hidupnya atau ketika ia hendak mati (nazak). Kerana ada keterangan hadis menjelaskan bahawa nasib seseorang itu diukur kepada saat ia mengakhiri hayatnya.
No comments:
Post a Comment