Thursday, May 13, 2010

Kaum ‘Ad Mendapat Azab Dari Allah s.w.t


Kaum 'Ad yang ingkar itu tidak menyedari bahawa kehidupan manusia diatur Allah s.w.t., lalu menentang segala ajaran Nabi Hud a.s. Allah s.w.t. telah melaknat mereka, dengan terbentanglah di langit awan yang hitam panjang. Melihat keadaan yang begitu ganjil, kaum Ad' semuanya keluar rumah untuk melihat awan tersebut, lalu merekapun berkata: "Itulah awan panjang menandakan sebentar lagi hujan akan turun untuk menyiram tanaman kita, serta memberi minuman kepada binatang-binatang ternakan kita."

Nabi Hud a.s berkata kepada mereka: "Itu bukan awan rahmat tetapi awan yang membawa angin samun yang akan menewaskan kamu sekelian, angin yang penuh dengan azab seksa yang sepedih-pedihnya."
Kemudian angin yang dahsyat berhembusan, luar biasa hebatnya. Binatang-binatang ternak mereka yang sedang berkeliaran di padang ternakan mereka, kecil besar turut terbang dan bertaburan merata-rata. Kaum 'Ad mulai rasa ketakutan dan berlari ke sana ke mari dan memasuki ke rumah masing-masing. Batu-batu, gunung-ganang, binatang ternakan serta kaum 'Ad habis musnah setelah tujuh malam dan lapan hari angin laknat tersebut bertiup. Kaum 'Ad yang ingkar dan sombong telah dimusnahkan, kecuali Nabi Hud a.s. bersama-sama pengikutnya yang beriman telah terselamat dari azab seksaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

    "Adapun 'Ad dibinasakan dengan angin yang keras, dan amat dinginnya, ditimpakan kepada mereka tujuh malam delapan hari tidak putus-putusnya. Maka kelihatan mereka bergelimpangan mati sebagai batang kurma yang telah roboh. Habis binasalah semuanya kerana kederhakaan mereka juga."(Al-Haqqah: 6-8)Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah "Al-Ahqaf" sudah menjadi senyap sunyi dari kaum 'Ad, Nabi a.s. Hud meninggalkan tempat tinggalnya dan berhijrah ke Hadramaut. Nabi Hud a.s. menghabiskan usianya dan wafat di sana. Makam Nabi Hud a.s. terletak di atas sebuah bukti, 50km dari kota Siwan.

No comments:

Post a Comment