Saturday, May 15, 2010

Senarai Kompetensi Keusahawanan – Menggunakan strategi Pengaruh


Sikap individu yang menggunakan strategi pengaruh adalah kecenderungan memikirkan strategi-strategi yang boleh mempengaruhi oleh orang lain tanpa tipu helah untuk sesuatu maklumat perniagaan. Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya. Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan;

  1. Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak.
  2. Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum.
  3. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran.
  4. Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran.
  5. Pengaruh berdasarkan kuasa memberi tauladan.
Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya.

No comments:

Post a Comment