Friday, May 14, 2010

Senarai Kompetensi Keusahawanan - Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif


Sikap individu yang mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah adalah:
  • Mencari langkah-langkah yang bijak supaya masalah dapat diatasi dengan sebaik mungkin.
  • Mencari dan melahirkan idea-idea baru atau cara penyelesaian secara inovatif.
Seorang usahawan sentiasa berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian yang mungkin mendatangkan masalah kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Semua masalah ini perlu ditangani secara kreatif. Sebagai contoh, usahawan yang sedang berhadapan dengan kadar pusingan ganti kerja yang tinggi perlu mampu menangani masalah ini dengan sebaik-baiknya sekiranya punca masalah itu diketahui seperti masalah gaji pekerja, hal kebajikan pekerja dan lain-lain. Tindakan yang diambil akan dapat menyelesaikan masalah dan mampu mewujudkan kesetiaan pekerja kepada perniagaan.

No comments:

Post a Comment