Monday, May 10, 2010

Syaitan Menyebarkan Penzinaan


Syaitan akan memperdayakan manusia dalam perzinaan dan pelacuran. Digambarkan bahawa zina itu enak dan ringan, sedangkan nikah atau kahwin yang sah itu digambarkan membebankan dan menyusahkan, sehingga ramai orang memilih untuk berzina daripada bernikah. Syaitan juga menggambarkan bercampur lelaki dan perempuan melalui jalan haram lebih nikmat daripada berkahwin secara halal. Demikianlah apa yang digambarkan Syaitan kepada manusia supaya mereka .lebih gemar berzina daripada berkahwin. Namun begitu apa yang digambarkan Syaitan adalah amat bertentangan sekali dengan ajaran islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "Dan janganlah kamu hampiri zina itu, kerana Sesungguhnya dia adalah perbuatan nista dan jalan yang buruk."

Orang suci rohaninya menganggap bahawa zina itu perbuatan cemar dan nista, tidak ada orang memandang hormat lelaki atau perempuan pelacur atau penzinaan, malah mereka yang terlibat dengan perbuatan itu dipandang sangat hina sekali. Oleh itu sebagai seorang islam kita harus elakan diri dari Penzinaan, kerana ia akan merosakkan masyarakat, malah ia juga akan melahir genarasi islam yang amat lemah. Ini adalah kerana anak-anak yang lahir diluar nikah tidak mempunyai bapa yang bertanggungjawab membesarkannya serta memberi pendidikan yang sempurna.

No comments:

Post a Comment