Wednesday, May 5, 2010

Iblis Yang Derhaka


Dahulunya iblis adalah sejenis makhluk yang taat kepada Allah, dan mendapat kedudukan yang baik pada sisiNya, serta ia termasuk golongan jin, kemudian ia menderhaka dan mengingkari kepada Allah;

    "Adalah ia (iblis) dari goleongan jin, lalu ia derhaka kepada Tuhannya." (Al-Kahfi: 50)Tentang kederhakaannya itu diterangkan di dalam Al-Quran, iaitu ia enggan dan membangkang tatkala Allah memerintah kepadanya supaya ia sujud hormat kepada Adam. Dengan sikap sombong dan takabbur di hadapan Allah, ia berkata;

    "Patutkah aku sujud kepada orang yang Engkau jadikan dari tanah?"
Dan iblis berkata lagi;

    "Aku lebih baik daripadanya ( Adam), kerana Engkau jadikan aku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari tanah."Dengan sedar dan tahu, iblis telah enggan dan membangkang mengerjakan perintah Allah, dengan menampakkan kesombongannya di hadapan Allah. Sikap itu adalah takabbur dan merasa diri besar, tidak mahu tunduk kepada perintah Allah. Inilah sikap yang paling besar dosanya pada sisi Allah. Sebab itu, hukumannya pun harus setimpal dengan dosanya. Maka jatuhlah hukuman Allah atas dirinya, iaitu iblis diusir dari sisi Allah dan mendapat laknat kutukan selama hidupnya.

Di kala iblis berlaku sombong di hadapan Allah, dan bersikap derhaka kepada perintahNya, dikemukakannya suatu alas an yang sangat lemah dan sangat keliru, iaitu ia mengatakan, bahawa dirinya lebih baik daripada Adam, sebab ia merasa dijadikan dari api, sedang Adam dijadikan dari tanah.
Iblis sangat keliru dalam memandang kejadian alam tadi. Di kiranya api lebih baik daripada tanah, padahal pada sisi Allah semua alam sama baiknya, kerana semua alam adalah makhlukNya, dan Ia yang menjadikannya, serta Ia sendiri yang mengetahui dengan pasti, rahsia dan manfaat alam itu.

Dengan pertanyaan yang sombong itu, iblis seakan-akan telah lupa, bahawa dirinya pun satu daripada makhluk Allah, yang sepatutnya harus taat dan tunduk kepada kepada perintahNya.

No comments:

Post a Comment