Sunday, May 2, 2010

Seruan Roh dan Mayat (Peringkat Perajalanan Roh)


Peringkat perjalanan 1-Ketika roh berpisah daripada badan, roh akan menyeru " Wahai anak Adam, apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu? Apakah kamu mengumpulkan harta dunia atau harta dunia mengumpulkan kamu? Apakah kamu mematikan dunia atau memastikan kamu? "
Peringkat perjalanan 2-Ketika mayat sedang disiapkan untuk dimandikan, mayat menyeru; "Wahai anak Adam, di manakah tubuhmu yang kuat? Bukankah sekarang kamu telah menjadi lemah dan tidak boleh bergerak? Di mana mulutmu yang petah berkata-kata? Bukankah sekarang kamu telah menjadi bisu? Di mana semua kekasihmu? Bukankah sekarang mereka membiarkan kamu dan telah meninggalkanmu berseorangan?
Peringkat perjalanan 3-Ketika mayat sedang disiapkan untuk dikafankan, mayat menyeru; "Wahai anak Adam, pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa sebarang bekal. Keluarlah kamu dari Rumah dan tidak akan kembali lagi. Naiklah kenderaan pengusung (kereta jenazah)yang disediakan dan kamu tidak akan naik kenderaan itu lagi selama-lamanya, kamu akan berada di Rumah yang baru penuh dengan kesunyian & kesedihan".
Peringkat Perjalanan 4- Ketika mayat sedang disiapkan untuk disembahyangkan, mayat menyeru; "Wahai anak Adam, Segala amalan kamu akan kamu dipertontonkan @ ditayangkan semula. Segala amalan baikmu akan kamu lihat kebaikannya, manakala segala amalan burukmu akan kamu lihat keburukkannya".
Peringkat Perjalanan 5- Ketika mayat sedang diusungkan ke tanah perkuburan untuk ditanamkan, mayat menyeru; "Wahai anak Adam, sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk di dalam golongan orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh. Manakala sangat celakalah bagi kamu jika kamau termasuk di dalam golongan yang dimurkai Allah s.w.t".
Peringkat Perjalanan 6- Ketika mayat sampai di tanah perkuburan untuk ditanamkan, mayat menyeru; "Wahai anak Adam, adakah kamu ada membawa kedamaian @ bekalan ke tempat yang sempit ini? Adakah kamu ada membawa kekayaan ke tempat yang kefakiran ini? adakah kamu ada membawa cahaya penyuluh ke tempat yang gelap gulita ini?
Peringkat Perjalanan 7- Ketika mayat diletakkan di dalam liang lahad, mayat menyeru; "Wahai anak Adam, kamu sewaktu hidup di atas muka bumi bersenda gurau, tetapi di dalam kubur @ perut bumi kamu akan menangis keseorangan. Kamu sewaktu hidup di atas muka bumi kamu bersukaria tetapi di dalam kubur @ perut bumi kamu akan menjadi muram, cemas dan berdukalara. Kamu sewaktu hidup di atas muka bumi dapat berbicara dengan petahnya tetapi di dalam perut bumi kamu akan menjadi bisu".

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers