Saturday, May 8, 2010

Ibu Kusayang


Selendang Putih...
Menggamit kenangan silam..
Seakan terasa..usapan mesra..
Seakan terasa..belaian manja... Ibu tercinta......
Ibu...
Sebelum matamu tertutup rapi..
Sebelum nafasmu terhenti..
Kau sempat berpesan padaku..
Kau jadilah anak yang soleh..
Kau jadilah muslim berbudi..
Kau jadilah mukmin sejati...
Ibuku sayang...
Wasiatmu terukir teguh diingatan..
Dalam mengejar pelangi kehidupan..
Dalam mencari sinar kebahagiaan.
Tuhanku! Kau ampunilah dosa ibuku..
Kau tempatkanlah ibuku..
Dalam syurgamu..
Amin.. Yaa Rabbal Alamin...

oleh: Muhammad Asyraaf Hidayat

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers