- Penulis item mestilah mengetahui dengan baik konstruk atau perkara yang akan ditaksir dan juga menguasai tempat di mana konstruk itu akan ditaksir seperti tajuk, unit, konteks, tema dan sebagainya. Bila dikatakan menguasai kandungan mata pelajaran di mana konstruk itu akan diuji, ia juga membawa makna selain daripada kandungan mata pelajaran, penulis juga mestilah kesedaran tentang implikasi dan juga salah tanggapan yang selalu dapat dalam mata pelajaran itu.
- Penulis item yang menulis item untuk menguji pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran mestilah mempunyai kefahaman tentang falsafah, matlamat dan objektif bagi mata pelajaran itu. Ini memastikan kesahan kandungan. Juga penulis item mestilah biasa dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi membuat pertimbangan professional.
- Penulis item mestilah memahami psikologi pendidikan tentang individu yang akan menduduki ujian itu. Ia mestilah biasa dengan perkembangan mental pelajar yang diuji untuk mengubahsuaikan kerencaman dan kesukaran item yang ditulisnya. Penulis item mestilah mendapat mengjangka perkembangan mental ini untuk mengelakkan ambiguity, memberikan clue, pada jawapan, atau mengukur sesuatu yang diluar jangkaan. Ini menagih penulis item memberikan pertimbangan secara professional.
- Penulis item mestilah mahir dalam komunikasi verbal. Bukan setakat mengetahui makna perkataan, tetapi juga mengguna makna dengan betul, dan mempunyai kemahiran untuk menyusun perkataan supaya dapat berkomunikasi mengikut apa yang dihasratkan dengan seringkas dan setepat mungkin. Juga penulis perlu sedar tentang pelbagai interprestasi yang boleh dibuat tentang perkataan atau frasa yang digunakan dalam item.
- Penulis item mestilah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai jenis item dan pembinaan peraturan permarkahan bagi peruntukan markah. Selain itu penulis item mestilah mempunyai kemahiran untuk menilai item yang dibinanya sendiri dan item yang dibina penulis lain. Di samping itu mesti mengetahui ciri item yang baik, klasifikasi dan mengetahui kesalahan yang selalu dibuat dalam menulis item.
- Penulis item mestilah kreatif dan mempunyai daya imiginasi dan pertimbangan yang baik dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran tentang penulisan item.
Tuesday, May 25, 2010
Keperluan Menulis Item Yang Baik
Kombinasi pelbagai kemahiran diperlukan untuk menulis item bagi mentaksir sesuatu konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan objektif mata pelajaran. Sebagai penulis item mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment