Sunday, May 23, 2010

Tanda-tanda dan Sifat Orang Mati Su’ul Khatimah – Tidak Sempat Mengucap Syahadah Selepas Nazak


Orang yang mengakhiri hayat dengan mengucap syahadah ia dianggap meti dalam keadaan beriman dan jika tidak sempat, maka pada zahirnya ia dikira mati dalam keadaan su'ul Khatimah. Kerana kehidupan seseorang dinilai pada hujung hayatnya, apakah ia mengakhiri hayatnya dengan iman atau tidak. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

    "…sesungguhnya amalan akan dinilai pada akhir hayat seseorang"
Terdapat banyak hadis menerangkan tentang tanda seorang itu mati dalam keadaan beriman dan dianggap ahli syurga ialah jika ia sempat mengucap syahadah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    "Siapa yang di akhir hayatnya, (ketika hampir mati) sempat menyebut LA ILA HA ILLAH, maka pasti ia masuk Syurga." (Ahmad, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Rasulullah s.a,w, bersabda yang bermaksud:

    "Barangsiapa yang membaca kalimah tayyibah (Lailahaillahallah) dengan niat semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, ketika itu ia mati, maka ia masuk dalam syurga. Siapa yang berpuasa dengan niat mencari keredhaan Allah dan ketika ia sedang berpuasa ia mati, maka ia masuk syurga dan demikian barang siapa bersedekah akan suatu perkara, lalu ketika itu ia mati, maka ia kan masuk syurga."Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar kita mendekatkan diri dengan orang yang hampir hendak mati dan mengajarkan (mentalqinkan) kepadanya kalimah syahadah.

Kalimah syahadah itu, bukan sahaja patut diajarkan kepada orang islam sahaja, ketika ia sedang hampir mati tetapi kepada orang bukan islam pun kita patut ajarkan, apabila ia hampir mati.

Perbuatan itu hendaklah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang pernah menjadi pelayan Baginda. Ketika pemuda yahudi itu sakit dan hampir mati, Rasulullah s.a.w. menziarahinya dan mengajar kalimah syahadah hingga pemuda yahudi tersebut mati dalam keadaan mengucap syahadah, yakni mati beriman.

Kisah di atas menjelaskan kepada kita bahawa usaha untuk mengajak dan mengislamkan orang bukan islam bukan ketika ia hidup dan di waktu sihat sahaja tetapi sehingga hampir mati pun kita digalakkan supaya menziarahinya dan mengajar kalimah syahadah. Hal itu pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Apabila ia dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bererti telah menjadi sunnah Rasullah s.a.w. yang patut kita ikuti.

Akan tetapi sekarang ini siapakah di antara orang islam yang mahu melakukan pekerjaan mengajak orang bukan islam kepada islam sehingga hampir mati pun sanggup menziarahi dan mengajarnya akan kalimah syahadah? Kita hari ini bukan hendak mendekati orang bukan islam untuk tujuan berdakwah, tetapi sebaliknya kita suka sekali memusuhi orang bukan islam, tanpa mengira tahap kekafiran mereka (kafir harbi atau kafir zimmmi atau kafir musta' atau kafir ma'had)

Sikap memusuhi semua orang bukan islam tanpa membezakan jenis kekafirannya mereka adalah merugikan perjuangan islam. Islam tidak memusuhi semua orang bukan islam, kecuali mereka yang memerangi umat islam. Secara umumnya kita umat islam disuruh menunjukkan akhlak yang mulia terhadap semua manusia supaya dengan itu, orang bukan islam lebih tertarik dan menganut agama islam. Sekiranya mereka tidak menganut agama islam, sudah memadai mereka tidak memusuhi penganut agama islam.

No comments:

Post a Comment