Tuesday, May 4, 2010

Konsep Kesahan Dalam Membina Alat Pentaksiran

Perkara pokok yang ditumpukan dalam pentaksiran adalah skor. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor iaitu sama ada skor yang diperolehi daripada seseorang pelajar itu menggambarkan atau memberikan maklumat tantang apa yang ditaksir. Sesuatu ujian hendaklah mengukur apa yang sepatutnya diukur. Thorndike (1991) menegaskan "all of what we want to measure, and nothing but what we want to measure". Manakala Anatasi (1998) menambah "and how it does so".

Messick (1980) turut mempunyai pandandangan yang selari dengan menyatakan kesahan bukan sifat sesuatu ujian tetapi merupakan darjah sejauhmana ujian itu dapat membuat keputusan berhubung dengan tujuan ujian itu diberikan. Kesesuaian ujian dengan penggunaan hasil ujian adalah faktor yang amat penting dalam menentukan kesahan sesuatu skor ujian yang dijalankan (Ebel, 1979), APA (1974) dalam The Standard for Education and Psychological Testing merujuk konsep kesahan kepada kesesuaian (appropriateness), ketepatan (meaningfulness), dan kebolehgunaan (usefulness) skor yang diperolehi daripada ujian yang ditadbirkan.

American Psychological Association, American Education Research Assiociation dan National Council On Measurement mengklafikasikan kesahan dalam tiga kumpulan utama iaitu kesahan kandungan (content validity), kesahan berkaitan kriteria (criterion validity) dan kesahah gagasan/konstruk (construct validity). Sesetengah pengkaji memecahakan lagi pembahagian ini kepada bahagian yang lebih lebih kecil dan khusus. Namun secara amnya, ketiga-tiga kumpulan ini diterima dan dipersetujui oleh kesemua tokoh pentaksiran pendidikan. Banyak punca boleh dikaitkan dengan kesahan sesuatu skor. Antaranya:
  1. Kandungan ujian merujuk kepada kandungan sukatan pelajaran dan objektifnya.
  2. Bagaimana pelajar bertindak ke atas tugasan atau item yang diberikan.
  3. Bagaimana masyarakat atau pengguna menterjemahkan dan menggunakan skor ujian untuk tujuan tertentu.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers