Sunday, May 16, 2010

Cara Syaitan Menggoda


Syaitan telah menanam tekad untuk bekerja siang dan malam serta di segala tempat dan masa dengan mengganggu, menggoda, menipu dan memperdayakan Nabi Adam a.s. serta anak cucunya hingga hari kiamat. Pelbagai macam jalan dan cara digunakan sampai menyebabkan manusia tergelincir dan sesat dari jalan kebenaran. Syaitan bertekad bersungguh-sungguh supaya kesemua anak cucu Nabi Adam akan memenuhi neraka bersama-samanya. Syaitan yang menaruh dendam terhadap Nabi Adam sentiasa bekerja keras dengan memperdayakan dan menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s.

Kali pertama syaitan menaruh dendam terhadap Nabi Adam a.s., apabila syaitan dilaknati Allah s.w.t. dan Nabi Adam a.s, hidup bahagian di dalam syurga bersama-sama dengan isterinya Siti Hawa. Nabi Adam a.s. bersama-sama isterinya boleh membuat apa sahaja dan bebas makan semua makanan kecuali buah "Khuldi". Allah berfirman maksudnya:

    "Dan kami (Allah) berkata: Hai Adam! Tinggallah engkau, bersama isterimu di dalam syurga, dan makanlah kamu berdoa daripadanya dengan senang hati, mana saja yang kamu kehendaki. Tetapi janganlah kamu mendekati pohon khuldi ini, kerana nanti kamu menjadi orang yang aniaya." (Al-Baqarah: 35)Khuldi ertinya kekal, maknanya pohon khuldi itu ertinya pohon kekal. Syaitan akan mengawal kesempatan atas nama khuldi untuk menggoda serta memperdayakan Nabi Adam a.s., setelah mengetahui buah tersebut adalah buah larangan terhadap Nabi Adam a.s. Maka setelah berjaya masuk ke taman syurga, syaitan membisik kepada Nabi Adam, dengan menasihat dan memberitahu rahsia di dalam taman syurga tersebut.

Bisikan syaitan sangat indah dengan menasihati Nabi Adam a.s. supaya jangan menjadi sepertinya, yang sebelum ini dia dahulu hidup mulia dan terhormat di sisi Allah s.w.t., sebelum Nabi Adam a.s. diciptakan. Syaitan juga menyatakan dia telah berbakti beribu-ribu tahun, maka dia menasihatkan Nabi Adam a.s. mendapat nasib sepertinya. Syaitan tidak putus asa dan terus merayu sehingga berjaya Mengubah sikap Nabi Adam a.s. terhadap Iblis. Nabi Adam a.s. mulai mempercayai kata-kata syaitan, akhirnya terlupa peringatan dari Allah s.w.t., bahawa syaitan adalah musuh yang nyata, dan harus dipandang sebagai musuh, Walau di mana sahaja serta keadaan apa juga. Antara kata-kata syaitan yang paling ampuh sehingga Nabi Adam a.s. berubah sikap seperti berikut:

    "Sesungguhnya aku bagi kamu berdoa sebagai penasihat." (Al-A'raf: 21)
Pendek kata, ketika syaitan membisikan kepada Nabi Adam a.s., bahawa ia memberi nasihat atau sebagai penasihat, maka mulalah berubah sikap Nabi Adam a.s., yang pada mulanya memandang syaitan sebagai musuh bertukar menjadi sahabat karib, sehingga hilang prajudis terhadap iblis. Segala nasihat syaitan langsung tidak dipertimbangkan dengan segala ajaran dan peringatan Allah s.w.t. Nabi Adam a.s. telah melupai segala peringatan Allah s.w.t., ini merupakan gejala yang amat besar hingga terhadap manusia hingga menyebabkan manusia terjerumus ke jurang yang hina dan sengsara. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

    "Dan barang siapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya ia akan mendapat penghidupan yang sempit."(Thaha: 124)Sesudah syaitan mendapati Nabi Adam mulai mempercayai kata-katanya, barulah dia menanam tipu dayanya yang sangat halus dan tajam ke dalam fikiran Nabi Adam a.s., sehingga Nabi Adam a.s. terpesona dan lupa peringatan Allah s.w.t. Syaitan membisikan kepada Nabi Adam a.s., sebab-sebab mereka dilarang memakan buah khuldi itu kerana jika makan, nescaya meraka akan menjadi Malaikat dan tinggal kekal di dalam syurga selama-lamanya. Syaitan menyatakan lagi, perkara ini tidak dikehendaki Allah s.w.t., akan tetapi Allah mengkehendaki Nabi Adam a.s. turun ke bumi bersama-sama isterinya, dan di sana boleh Nabi Adam a.s. berkembang biak serta berketurunan. Syaitan terus menipu Nabi Adam a.s., di bumi nanti anak-cucunya nanti, ramai yang akan membuat kerosakan serta huru hara dan saling berbunuhan sesama sendiri. Syaitan berbohong lagi, dengan menasihat Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi supaya tinggal kekal di dalam syurga dengan bertukar menjadi Malaikat yang suci dan bersih dari dosa. Akhir sekali syaitan membisikan bahawa lagi Allah hanya melarang mendekati pohon itu sahaja, bukan melarang memakan buahnya. Begitulah rayuan syaitan kepada Nabi Adam a.s. seperti terdapat dalam Al-Quran bermaksud:

    "Berkata syaitan: Tidaklah Tuhanmu mencegah engkau berdua daripada mendekati pohon khuldi ini. Kerana ditakuti kamu berdua akan menjadi Malaikat, atau kamu berdua menjadi kekal (tinggal di sini)." (Al-Araf: 20).Nabi Adam a.s. terpaku setelah mendengar bisikan tipu daya syaitan, sehingga Nabi Adam a.s. berubah dan meragui peringatan dan perintah Allah s.w.t. Ketika Nabi Adam a.s. dalam keadaan berbelah bahagi, syaitan mengambil kesempatan dengan bersumpah, bahawa dia benar-benar ikhlas dan serta bertujuan baik, bukannya bertujuan hendak menipu. Akhirnya Nabi Adam a.s. berjaya diperdayakan oleh iblis. Begitulah betapa hebatnya syaitan bekerja bagi menyesatkan Nabi Adam a.s. serta anak-cucu Nabi Adam a.s.

No comments:

Post a Comment