Monday, May 10, 2010

Kaum ‘Ad Lupa Daratan


Kerana kebahagiaan hidup yang berlimpah-limpah, kaum 'Ad lupa akan asal usulnya, mereka tidak tahu dari mana asalnya segala nikmat dan rahmat yang berlimpah-limpah itu. Mereka menyembah pada batu-batu sebagai tanda terima kasih ke atas nikmat yang diperolehi itu, dan kepada batu itu juga mereka meminta pertolongan sekiranya mendapat kesusahan. Allah s.w.t. telah mengutuskan Nabi Hud a.s. supaya bagi menyeru kepada kaumnya, agar mereka tidak hidup dalam kesesatan. Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran bermaksud:

    "Kami telah mengutuskan kepada kaum 'Ad, seorang saudaranya yang bernama Hud, seraya berkata: Hai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, tiadalah Tuhan bagi kami selain Dia. Tiadalah kamu melainkan orang selalu mengada-adakan sahaja." (Hud: 50)Dalam ayat lain Nabi Hud a.s. menyatakan sebagai berikut:

    "Hai kaumku! Saya tidak meminta upah kepadamu, dan tiada memberi upah saya, melainkan Allah yang menjadikan saya. Apakah kamu tidak berakal?" (Hud: 51)Selanjutnya dalam ayat lain Nabi Hud menyeru kaumnya dengan maksudnya:

    "Hai kaumku! Minta ampunlah kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kamu kepadanya, nescaya Ia menurunkan hujan yang lebat dari langit, dan Ia menambah kekuatan bersama kekuatanmu, sebab itu janganlah kamu berpaling, nanti kamu menjadi orang yang berdosa!" (Hud: 52)

No comments:

Post a Comment