Wednesday, May 5, 2010

Kompetensi Keusahawanan


Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensi atau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan prilaku hasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman untuk melakukan sesuatu tugas dengan cermerlang. Melaluli kompetensi keusahawanan, seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang mempunyai pengetahuan dan Kelulusan yang sama.


Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan dengan usahawan. Walau bagaimana pun, hasil kajian Mc Clelland dan Me Ber & Co. (19850 terhadap usahawan yang berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah menyenaraikan tiga belas jenis kompetensi keusahawanan diri yang membantu kejayaan usahawan-usahawan ini;

  1. Inisiatif
  2. Melihat dan merebut peluang
  3. Kecekalan
  4. Mencari maklumat
  5. Menitik beratkan kerja yang tinggi
  6. Komitmen terhadap perjanjian kerja.
  7. Berorientasi ke arah kecekapan
  8. Membuat perancangan sistematik
  9. Menyelesaikan masalah secara kreatif
  10. Yakin terhadap keupayaan diri
  11. Ketegasan
  12. Meyakinkan orang lain.
  13. Menggunakan strategi pengaruh.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers