Tuesday, May 11, 2010

Ujian-ujian Yang Dihadapi Oleh Orang Yang Hampir Mati 1


Tiada siapa yang mengetahui bahawa setiap orang yang sedang menghadapi sakaratulmaut, menghadapi dua bentuk kesakitan;
  1. Sakit yang berpunca daripada penyakit-penyakit zahir yang dialami.
  2. Sakit ketika roh keluar dari badan.
Sakit ketika roh berpisah dari badan atau sakaratulmaut tiada seorangpun dapat mengelakkan diri, sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri ketika hampir wafat, Baginda s.a.w. meletakkan semangkuk air di sisinya dan dicelupkan tangannya, lalu diusapkan ke mukanya sambil berdoa:

    "Ya Allah, ringankanlah bagiku akan sakaratulmaut." (Imam Bukhari dan Muslim)Sungguhpun begitu, di antara merasai sakit penyakit atau azab sakaratulmaut, tidaklah sehebat ujian ketika seseorang itu berhadapan dengan satu lagi ujian yang paling kritikal. Ujian itu ialah ujian melihat berbagai-bagai rupa pandangan dan godaan Syaitan yang hendak menyesatkannya ketika saat-saat seseorang itu sedang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

No comments:

Post a Comment