Sunday, May 9, 2010

Syaitan Menyebarkan Judi dan Minuman Keras


Syaitan menyebarkan judi dan minuman keras supaya dapat menimbul permusuhan serta kebencian diantara manusia. Dengan penyebaran kedua-dua benda yang diharamkan oleh agama islam, maka dengan mudah syaitan dapat menghalang manusia mengingati Allah s.w.t. serta mengerjakan solat. Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran bermaksud:

    "Sesungguhnya syaitan itu hanyalan mengadakan diantaramu permusuhan dan kebencian di dalam minuman keras dan judi, dan menghalangimu daripada mengingati All dan daripada solat. Oleh sebab itu, belum jugakah mahu kamu berfikir?" (Al-Maidah: 91)Syaitan itu amat pandai menutupi kejahatan dan beribu kekecewaan dengan keuntungan sekali di dalam judi. Tidak semua orang menjadi kaya kerana judi, Kalau ada hanyalah sementara sahaja. Kerana kekayaan dari berjudi tiada keberkatannya. Ia amat berbeza sekali apabila kekayaan dikumpul melalui cara yang diredhai Allah s.w.t.

Kalau ada berpuluh orang berjudi hanya seorang menjadi kaya, iaitu tauke judi. Ada juga permainan judi yang melibatkan beberapa orang sahaja, contohnya permainan judi menggunakan daun terup. Yang menang semakin asyik berjudi, sedangkan yang kalah tidak putus asa memasang angan-angan untuk menang, akhirnya habis seluruh harta benda tergadai.

Syaitan juga menggunakan minuman keras untuk menarik manusia ke lembah kesengsaraan. Tiada seorang doctor di dunia ini menyatakan kebaikan minuman keras. Minuman yang memabukan itu sebenarnya akan merosakkan kesihatan dan fikiran manusia. Orang terlalu mabuk hingga hilang daya ingatan yang waras, akan melakukan tindakan seperti haiwan dan juga mengeluarkan percakapan-percakapan yang keji serta menyakiti hari orang lain. Kadang-kala orang yang mabuk akan membuka rahsia kehomatan diri serta rumah tangga sendiri.

Begitulah syaitan menghiasi judi dan minuman keras, supaya manusia tertarik mengerjakannya. Setelah mereka mengerjakannya, maka mereka dijerumuskan ke jurang kehinaan dan kemelaratan. Ketika itulah syaitan gembira dan tertawa, kerana dia telah berjaya menipu daya anak cucu Nabi Adam a.s.

No comments:

Post a Comment