Saturday, May 15, 2010

Nabi Saleh a.s. dan Kaum Tsamud


Nabi Saleh a.s. adalah anak Ubaid b. Jabir b. Tsamud. Salasilah yang lengkap ialah Saleh b. Ubaid b. Asief b. Masyih b. Abid b. Hadzir b. Tsamud b. Saleh b. Arfashad b. Sam b. Nuh. Nabi Saleh diperintahkan Allah s.w.t. supaya menyampaikan seruan islam kepada kaumnya, iaitu kaum Tsamud.
Kaum Tsamud ialah nama yang dibangsakan kepada nama datuknya yang bernama Tsamud. Nabi Saleh a.s. merupakan keturunan Nabi Nuh a.s. yang keenam. Kaum Tsamud ini tinggal di negeri yang pernah didiami oleh kaum 'Ad yang telah musnah itu. Negeri tersebut telah dikosongkan oleh kaum 'Ad akibat musnah, setelah mereka dimurkai Allah s.w.t. Lama-kelamaan terdapat satu bangsa mendiami negeri berkenaan, iaitu kaum Tsamud.

Kaum Tsamud telah dikurniakan Allah s.w.t. dengan penuh harta benda, kesenangan, kebahagiaan hingga boleh dikatakan tiada sedikitpun kekurangan. Akan tetapi mereka telah lupa sama sekali terhadap Allah s.w.t. Akhirnya kaum Tsamud menjadi satu bangsa yang semakin jahat serta amat sombong.

No comments:

Post a Comment