Sunday, May 2, 2010
Qabil Membunuh Habil
Qabil merasa iri hati terhadap Habil kerana korbannya tidak diterima Allah s.w.t., ini juga menyebabkan ia tidak dapat berkahwin dengan Iqlima. Timbul niat jahat di dalam hati Qabil, iaitu keinginan membunuh saudaranya Habil. Bagi sekiranya saudaranya Qabil mengangkat tangan ingin membunuhnya, maka ia tidak sesekali akan mempunyai rasa iri hati membalas saudarnya Qabil. Kerana Habil mempunyai perasaan takut kepada Allah s.w.t.
Sudah menjadi kebiasaan syaitan yang merupakan musuh Nabi Adam berserta anak cucu Nabi Adam. Sekiranya ada anak cucu Nabi Adam bermusuhan sesama saudara, maka syaitan akan memainkan peranan yang amat penting dengan menghasut dan mengadu domba kedua-dua saudara bermusuhan. Akhirnya timbullah rasa keinginan yang amat memuncak dari hati Qabil untuk membunuh Habil. Setelah Qabil berhasil membunuh Habil, timbul pula rasa penyesalan dalam hati Qabil pula. Ibarat kata pepatah, "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya." Firman Allah s.w.t.;
"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang rugi." (Al-Maidah: 30).
Setelah Qabil membunuh Habil, maka Qabil merasa amat binggung untuk menyelengggarakan mayat saudaranya Habil. Semasa Qabil di dalam kebinggungan Allah s.w.t. memperlihatkan kepada Qabil, dua ekor burung gagak sedang berkelahi dan salah seekornya telah mati terbunuh. Maka gagak yang masih hidup itu menggali tanah, lalu bangkai kawannya dikuburkan ke dalam yang kemudiannya ditimbun tanah ke dalamnya. Allah s.w.t. berfirman maksudnya;
"Kemudian Allah mengirim seekor burung gagak menggali-gali di bumi dengan paruhnya dan kakinya untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana seharusnya menguburkan mayat saudaranya, berkata Qabil, aduahai celaka aku mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu akan dapat menguburkannya mayat saudaraku ini? Kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal."
Habil merupakan manusia pertama mati dibunuh, manakala Qabil manusia pertama membunuh manusia. Maka setiap manusia yang dibunuh tanpa berdosa, Habil akan memperolehi pahala. Sebaliknya Qabil akan mendapat balasan dosa setiap kali ada perbuatan membunuh. Pengajaran hendaklah kita menjadi orang yang pertama membuat kebaikan, kerana kita akan memperolehi pahala sekiranya ada orang lain mencontohi kita. Begitu juga sebaliknya kita jangan sesekali membuat kejahatan, kerana sekiranya ada orang mencontohi kita, kita juga akan mendapat balasan dosa dari setiap kejahatan yang orang lain lakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment