Terputuslah sudah kita dengan orang-orang harapan pada waktu itu. Mereka pulang ke Rumah sibuk dengan urusan masing-masing dan melupai kita. Kalau datang ke kubur kita pun sekali setahun sewaktu Hari Raya
Aidil Fitri. Tinggallah kita keseorangan untuk berdepan dengan seribu satu kemungkinan.
Pertolongan yang boleh diberikan oleh kawan-kawan atau saudara mara hanyalah sekadar membaca dan mensedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah atau bertahlil dan mengadakan kenduri menjamu orang ramai. Entah dapat atau tidak pahala tersebut, kerana mungkin ia dilakukan oleh orang lain yang mungkin betul atau tidak bacaan serta mungkin iklas atau tidak iklas. Oleh itu adalah lebih afdal jika kita sendiri melakukan sebanyak mungkin amal kebajikan dengan penuh ikhlas semasa di dunia ini.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, maksudnya;
"Sesungguhnya mayat apabila diletakkan di dalam kubur ia mendengar bunyi tapak kasut orang yang menghantarnya pulang. Maka apabila mayat itu orang mukmin, ibadat solatnya mengambil tempat di bahagian kepala, puasa disebelah kanan dan zakat di sebelah kiri. Sedekah, hubungan silaturahim dan lain-lain kebajikan berada di bahagian kaki."Anas bin Malik pula memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya;
"Apabila seseorang hamba diletak di dalam kubur dan ditinggalkan dan sahabat-sahabatnya telah beredar pergi sehingga ia terdengar bunyi tapak kasut mereka, ketika itu datanglah dua orang malaikat lalu memerintahkannya duduk. Kedua-duanya bertanya; "Apakah pandanganmu tentang Muhammad s.a.w.? Bagi orang mukmin akan menjawab; 'Saya bersaksi bahawasanya dia adalah hamba Allah dan RasulNya.' Lalu dikatakan padanya; 'Lihatlah tempatmu yang mulanya di neraka telah ditukarkan Allah satu tempat di dalam syurga.' Adapun orang-orang kafir dan munafik akan menjawab; 'Saya tidak tahu dan saya hanya mengikut apa yang orang lain kata.' Lalu malaikat bertanya; 'Apakah engkau tidak tahu dan tidak membaca? Lalu dipukul dengan tongkat besi di antara dua belah telinganya sehingga ia menjerit dan memekik kesakitan di mana teriakan dan raungannya itu didengari oleh semua makhluk kecuali manusia dan jin."Al Barah bin Azib pula meriwayatkan satu hadis bermaksud;
"Roh orang mati dikembalikan kepada jasadnya. Maka datang kepadanya kedua malaikat menyuruhnya duduk dan bertanya padanya; Siapakah Tuhanmu."Ada beberapa pertanyaan yang harus dijawab oleh mayat di dalam kubur iaitu
- Siapakah Tuhan kamu?
- Apakah agama kamu?
- Siapakah yang diutuskan kepada kamu?
- Apakah pekerjaanmu?
Adapun orang kafir apabila di dalam kubur, tidak dapat menjawab satupun soalan dengan betul. Mereka hanya berkata; "Aku tidak tahu." Pada ketika itu terdengar satu suara yang berkata: "Orang itu memang mendustakan Rasul. Kembangkan tikar di dalam neraka dan bukakan pintu neraka baginya. Maka datanglah kepanasan neraka padanya lalu disempitkan kuburnya sehingga patah tulang rusuknya."
Sungguhpun soalan dan sesi soal jawab ini nampak mudah dan boleh dihafal, kenyataannya tidak begitu kerana ia hanya dapat dijawab oleh orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh yang mendapat rahmat Allah sahaja. Adapun orang yang menderhaka ia pasti tidak dapat menjawab bahkan sentiasa dalam ketakutan, Kebimbangan dan menjadi kebinggungan umpama orang yang bersalah yang sedang disoal siasat oleh pihak Keselamatan. Jika kita tidak bersalah kita tidak akan menjadi panic dan gentar. Walau apa pun soalan yang di kemukakan.
Demikianlah keadaan kita di alam barzakh. Semuanya bergantung sama ada kita ini orang yang dimurkai Allah atau yang diredhai Allah, kehidupan alam barzakh adalah sementara untuk menanti hari kiamat. Ia adalah kehidupan yang sangat indah bagi beriman dan diredhai Allah. Namun begitu bagi golongan orang dimurkai Allah, kubur adalah lubang penyeksaan untuk mereka sehingga hari kiamat kelak.
No comments:
Post a Comment