Wednesday, May 12, 2010

Senarai Kompetensi Keusahawanan – Komitmen Terhadap Perjanjian Kerja


Sikap usahawan yang mempunyai kompetensi ini dapat dilihat dengan:

  • Kesanggupan melakukan pengorbanan peribadi untuk menyelesaikan sesuatu kerja.
  • Mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menyelesaikan sesuatu kerja.
  • Kesanggupan membantu kakitangan demi untuk menyelesaikan tugas dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
  • Menunjukkan sikap mengambil berat untuk memuaskan kehendak pelanggan.
  • Sentiasa memastikan setiap janji yang dibuat khususnya dengan pelanggan, pembekal dan lain-lain pihak ditunaikan seperti yang telah dipersetujui.
Sikap ini akan membolehkan orang lain percayakannya dan ini membantu meningkatkan imej usahawan dan perniagaannya. Kepercayaan pelanggan, pembekal, pihak institusi kewangan adalah Kunci kepada kestabilan dan kemajuan perniagaan.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers