Thursday, May 13, 2010

Senarai Kompetensi Keusahawanan – Berorientasikan Ke Arah Kecekapan


Sikap individu yang berorientasikan ke arah kecekapan adalah:

  • Sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang lebih singkat daripada kebiasaannya.
  • Sentiasa mengambil berat tentang pengiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, perubahan atau sesuatu tindakan.
  • Menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan diri dan perniagaan.
Kecekapan perniagaan akan dapat meningkatkan keuntungan dan mengurangkan pembaziran dan kos. Ini akan membantu kejayaan perniagaan.

No comments:

Post a Comment