Monday, May 3, 2010

Nabi Idris a.s.


Nabi idris adalah Keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinanbin Anusy bin Syith bin Adam a.s. Nabi Idris merupakan keturunan pertama dikurniakan kenabian, iaitu Nabi selepas Nabi Adam. Nabi Idris menurut riwayat, bermukim di Mesir, di mana berdakwah untuk Agama Allah mengajar tauhid dan beribadah menyembah Allah, serta memberu pedoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Nabi Idris hidup sehingga 82 tahun.

Nabi Idris adalah yang mula-mula pandai menulis dengan kalam, pandai pula membaca dan mengetahui ilmu Bintang, ilmu hitung, pandai menjahit dan menjinak kuda serta memerangi orang-orang derhaka terhadap Allah. Terdapat 30 amanat yang berisi petunjuk daripada Allah untuk disampaikan oleh Nabi Idris kepada umatnaya berketuranan Qabil yang derhaka kepada Allah.

Beliau banyak mempelajari kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada Nabi Adam dan Nabi Syits. Beliaulah yang pertama kali pandai menggunting dan menjahit kulit binatang.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers