Monday, May 10, 2010

Kesahan Gagasan/Konstruk

Dalam membuat interprestasi keputusan ujian, ada masa guru ingin mengetahui sama ada pelajarnya mempunyai ciri psikologi tertentu seperti kebolehan menaakul, kecerdasan, pemikiran kritis, kesediaan membaca, kemahiran belajar, bakat matematik, bakat bahasa dan lain-lain. Apabila seorang guru berhajat menginterpretasi ujian berdasarkan ciri atau trait psikologi, guru sebenarnya berbicara tentang kesahan gagasan/konstruk. Konstruk disini bermaksud kualiti psikologi yang diandaikan wujud bagi menerangkan beberapa aspek tingkah laku. Kesahan gagasan adalah kesahan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak dapat diperhatikan secara nyata tetapi dikatakan wujud melalui pendirian, hipotesis atau teori berasaskan kajian tertentu. Contohnya kebolehan menaakul merupakan suatu konstruk atau gagasan.

Apabila kita menginterpretasi skor ujian dengan pengkuantitian kebolehan menaakul, ini bermakna kita membayangkan bahawa dalam ujian tersebut, telah wujud satu konstruk yang dipanggil menaakul, yang pada satu tahap telah ditunjukkan melalui prestasi ujian. Untuk memeriksa sama ada benar kuantiti ini wujud dalam ujian, itu merupakan tugas kesahan gagasan.

Berdasarkan contoh yang diberikan oleh Popham (1981), kesahan gagasan dapat didefinisikan sebagai darjah sejauhmana prestasi ujian dapat diinterpretasi dalam satu bentuk gagasan psikologi tertentu. Ini bermaksud jika. Sesuatu instrumen ini mempunyai kesahan gagasan, skor akan Mengubah seperti yang ditelah oleh teori yang mendasari gagasan itu.

Satu contoh gagasan yang lebih relevan dengan penilaian bilik darjah ialah kreativiti. Guru mungkin berminat untuk mengkaji gagasan ini kerana hipotesis yang dibuat selalu menyatakan bahawa orang yang kreatif mempunyai prestasi yang berbeza daripada orang tidak kreatif atau orang yang mempunyai gagasan kreativiti itu berkelakuan berbeza daripada orang lain. Setelah ini dilakukan, orang yang kreatif dapat dikenal pasti dengan memerhatikan tingkah laku individu berkenaan dan dikelaskan kebolehan mereka berdasarkan teori.

Misalnya seorang guru ingin membina ujian kertas dan pensel bagi mengukur kreativiti. Setelah dibina dan ditadbirkan, ujian kreativiti ini boleh dianggap mempunyai kesahan gagasan, sekiranya skor ujian itu mempunyai pertalian yang rapat dengan pertimbangan yang dibuat ke atas pemerhatian tingkah laku yang dikenal pasti oleh teori psikologi sebagai kreatif. Jika tidak ada pertalian, maka kesahan gagasan tidak disokong oleh teori yang mendasarinya. Ini berlaku kerana ujian ini tidak mengukur gagasan kreativiti atau teori psikologi yang menyatakan tingkah laku individu kreatif itu salah.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers