Thursday, May 6, 2010

Iblis Takabbur


Kesombongan mempengaruhi iblis sehingga tidak mahu mengakui kesalahannya. Dengan itu juga iblis tidak mahu bertaubat kepada Allah s.w.t. dan akhirnya ia menjadi kafir. Firman Allah s.w.t. bermaksud;

    "Ia enggan dan jadilah ia daripada orang-orang kafir" (Al-Baqarah: 34)Kesalahan iblis yang terbesar pada sisi Allah s.w.t., ialah tidak mahu menurut perintah Allah s.w.t. kerana sifatnya yang takabbur. Sebagai balasan, Allah telah menghukum iblis drngan melaknatinya dan dimasukkan dalam golongan orang-orang kafir. Iblis nekad dan tidak menyesal menerima hukuman tersebut, bahkan ia meminta supaya umurnya dilanjutkan sehingga hari kiamat bagi menyesatkan anak cucu Nabi Adam. Iblis berkata kepada Allah s.w.t.;

    "Aku akan sesatkan manusia semuanya kecuali hamba-hambaMu yang disucikan." (Al-Hijr: 30-40Semenjak Kenyataan iblis tersebut, maka iblis menjadi musuh manusia yang paling nyata. Oleh kerana itulah, Allah memberi peringatan kepada manusia supaya menganggap bahawa iblis itu adalah musuhnya, dan diperintahkan kita supaya berhati-hati dari Segala tipu daya iblis. Firman Allah s.w.t. bermaksud;

    "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh. Sesungguhnya ia hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi ahli neraka." (Fathir: 6)

No comments:

Post a Comment