Monday, May 10, 2010

Kesahan Berkaitan Kriteria

Salah satu fungsi ujian yang biasa adalah untuk menelah tingkah laku calon untuk masa hadapan. Contohnya ujian bakat sekolah (scholastic aptitude test) biasa digunakan untuk menelah kejayaan akademik di sekolah atau Maktab, ujian bakat dan kebolehan pula digunakan untuk menelah prestasi pekerjaan mereka. Dalam setiap situasi ini, fungsi ujian adalah untuk prestasi individu secara kuantitatif dalam situasi yang berbeza pada masa hadapan. Prestasi yang berbeza itu disebut kriteria. Kesahan berkaitan kriteria ini adalah lebih berorientasikan soal empirical.

Kesahan berkaitan kriteria terdiri daripada dua bentuk iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). Kedua-dua kesahan ini merujuk kepada teknik empirical dalam mengkaji hubungan antara skor ujian dengan pengukuran luaran atau disebut sebagai kriteria.

Perbezaan yang wujud antara kedua-dua bentuk ini hanya dari segi prosedur iaitu terdapat perbezaan dari segi jarak masa apabila kriteria itu dihimpunkan. Kalau data kriteria dikumpul pada masa yang hampir sama dengan data ujian, ini disebut sebagai kesahan serentak. Sebaliknya Kalau dikumpul lewat daripada ujian, ini disebutkan kesahan ramalan. Perbezaan kedua-duanya juga dilihat dari segi tujuan ujian. Dalam kesahan ramalan, pemerhatian sebenarnya tertumpu kepada kegunaan skor ujian dalam menelah prestasi calon pada masa hadapan. Sebaliknya dalam kesahan serentak apa yang disoal ialah apakah skor ujian dapat digantikan oleh data kriteria yang dikumpul dengan cara lain yang agak kurang cekap (Mehrenn dan Lehmann, 1975). Ini dapat digambarkan oleh rajah berikut:
           

Skor ujian sebenarnya menelah skor kriteria. Sebaliknya bagi kesahan serentak, skor ujian dan skor kriteria diambil pada masa yang sama iaitu skor kriteria sudah ada. Oleh itu tujuannya adalah untuk menentukan sama ada skor kriteria dapat digantikan atau tidak oleh skor ujian.

Sebagai contoh, dapatkah skor inventori personality yang ditadbirkan oleh kerana digunakan untuk menggantikan skor pemeriksaan yang diberikan oleh ahli psikitari untuk menentukan ciri personaliti tertentu individu? Contoh kesahan serentak yang lain ialah apabila guru berminat untuk melihat hubungan antara prestasi ujian dengan prestasi semasa bagi ujian yang berlainan. Dalam keadaan ini guru perlu memperolehi kedua-dua skor pengukuran tersebut dalam masa yang hampir sama dan dikorelasikan keputusannya. Ini biasanya dijalankan apabila sebuah ujian dianggap sebagai pengganti kepada ujian yang menggunakan suatu kaedah memungut maklumat yang terlalu rencam dan mengambil masa yang lama. Misalnya seorang guru biasanya menskor pelajar berdasarkan pemerhatiannya semasa melaksanakan kerja amali. Dia menggunakan skala pemeringkatan bagi tujuan tersebut.

Oleh sebab kerja penskoran itu rencam mungkin guru beralih kepada ujian kertas dan pensel sekiranya kemahiran yang difikirkan dapat disoal melalui ujian kertas dan pensel itu sesuai. Untuk menentukan setakat mana tepatnya ujian mengukur kemahiran menjalankan kerja amali, dia mengkorelasikan skor ujian dengan skor pemerhatiannya. Jika nilai korelasinya tinggi ini bermakna dia dapat menggunakan ujian kertas dan pensel pada masa hadapan bagi menganggar/menelah kemahiran pelajar dalam menjalankan kerja amali.

No comments:

Post a Comment