Saturday, May 1, 2010

Qabil Dan Habil


Pemberian nikmat Allah s.w.t. yang berupa syawat, baik bagi Lelaki senang kepada Perempuan, dan sebaliknya Perempuan senang kepada Lelaki. Pemberian nikamt ini, menimbulkan rasa kasih sayang diantara kedua jenis sehingga tersebar Keturunan Adam dan Hawa di seluruh dunia ini.

Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mempunyai setiap kelahairan anak yang kembar, iaitu satu Lelaki dan satu Perempuan. Menurt syariat ketika itu, anak Nabi Adam tidak boleh dijodohkan dengan saudara kembar sama kelahiran. Oleh sebab itu Qabil dijodohkan dengan saudara kembar Habil, sedang Habil dijodohkan saudara kembar Qabil. Qabil tidak dapat menerima keputusan itu, lalu meminta dibenar mengahwini kembarnya sendiri, kerana saudara kembarnya lebih cantik dari saudara kembar habil.Disebabkan Qabil tidak mahu mengikut kehendak Nabi Adam a.s., maka Nabi Adam memberi nasihat kedua-dua anaknya iaitu Qabil dan Habil, agar kedua-duanya membuat korban untuk Allah s.w.t., sesiapa yang diterima korbannya akan dijodohkan dengan dengan kembar Qabil. Qabil melaksanakan korban dengan cara tidak iklas dan hanya mengikut hawa nafsu (kerana ingin memperisteri kembarnaya sendiri). Sebaliknya Habil dengan senang hati dan iklas, hanya menuruti perintah ayahnya kerana Allah s.w.t. sememangnya Habil selalu taat perintah dan syariat Allah s.w.t.

Kemudiannya korban Habil diterima oleh Allah s.w.t. dan berhak mengahwini Iqlima adik kembar Qabil yang cantik rupa parasnya. Manakala Qabil berhak mengahwini adik kembar Habil Labuda yang kurang cantik berbanding Iqlima.

No comments:

Post a Comment